Saturday, July 7, 2007
Akademi Teater Rupawan Asli USIM
Akademi Teater Rupawan Asli atau dikenali Atra telah ditubuhkan pada tahun 2005 dibawah Unit Kebudayaan HEP Universiti Sains Islam Malaysia. Keunggulannya bermula dengan pementasan "Dua Topeng" hasil karya dan arahan Zarihi Nubhan di Bangunan Panggung DBKL. Di bawah tunjuk ajar Sifu Ismail Ahmed, salah seorang ahli dari kumpulan muzik terkenal iaitu Asika. Selain dari itu Atra juga mementaskan 13 Monolog Kemanusiaan Menifestasi Seni.
MONOLOG KEMANUSIAAN MANIFESTASI SENI USIM
Selendang Kusam
Hasil karya: Zarihi Nubhan
Lakonan: Soleha (Soul)
Ringkasan: Mempersembah kisah hubungan manusia yang mudah ditinggalkan bila tidak punya kepentingan lagi. Selendang kusam adalah majazi yang melingkungi dunia realiti.
Susushi
Hasil karya: Wolfgang Weyrauch
Lakonan: Ahmad Syukur (Syuqo')
Ringkasan: Menceritakan tentang rintihan seorang petani jepun yang telah mati selepas terkena wabak penyakit hasil imlikasi dari serangan bom atom di hiroshima.
Dua Topeng
Hasil karya: Zarihi Nubhan.
Lakonan: Ahmad Farhan Jaapar (Apo)
Ringkasan: Ia mengisahkan seorang teman yang sedang mencari diri sendiri dengan cara menipu orang lain. Dalam kancah noda dan dosa, dia masih mampu tersenyum tanpa rasa bersalah. Kelicikannya menuding kesalahan kepada orang lain.
Rintihan Setan
Hasil karya: Zarihi Nubhan.
Lakonan: Abdul Jalil (L)
Ringkasan: Mengisahkan kekeliruan syaitan dalam melaksanakan perkara rutinnya. Cerita yang membuka mata keinsafan. Setiap bisikannya sendiri menuding ke arah api neraka. Sedangkan kepanasan bukanlah penghitungnya, melainkan azab pedih dan perit.
Band Gang
Pios, Archen & Apo memainkan muzik latar yang sesuai bagi memastikan para penonton terkesima dengan lakonan monolog di pentas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment